Feb 26, 2007

Cinta: sebuah definisi.

Ada banyak definisi cinta. Ada banyak jenis cinta. Ada banyak bahagian cinta. Pendek kata, selagi namanya manusia, cinta itu banyak persepsinya:)

C.I.N.T.A= commitment-intuitive-nature-top-altruistic


1) Cinta itu KOMITMEN.

Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)

2) Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3) Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul :) Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4) Cinta sering terletak di puncak: TOP

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.



5) Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.

Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya.....
--------------------

Puncak cinta sebenar. Saya sendiri amat yakin, ia ada pada Tuhan, kembali dan datang dari Tuhan. Tiada yang lain.


Kerna cinta yang Tuhan taburkan, saya sambutnya dan mengikat ukhuwah dengan semua yang lain. Pada keluarga, adik-adik, sahabat dan guru-guru. Ianya cinta yang amat agung. Cinta yang ditaburkan Tuhan dari langit tinggi ke dunia.

Bila segalanya kerna Allah, ikhlas itu utama. Bila cinta kerna Allah, susah senang kita redha. Bila cinta untuk Allah, kita usahakan menurut apa yang Allah perintah. Dia cinta utama. Bila DIA yang utama, segalanya kan berhikmah, dipimpin dan dipantau sentiasa, insyaAllah.

Feb 21, 2007

"In Team..."

[Asam garam berpesatuan..]

"Apa nak jadilah dengan kelab kami ni, ada je masalahnya"

Apa yang masalah? -saya pancing soalan.

"Ni lah, ada je yang tak puas hati, kecik hatilah...jarang sepakat. Kadang depan je senyum, belakang nanti cakap macam-macam, kritik, malah kutuk. Kalau lagi teruk, mereka pulau lagi program adalah, pastu perlekeh orang lain"

Senyum. Membiar adik itu meluahkan rasa.



"Depa bukan tak belajar, ni lebih ajaran agaknya. Pastu, tak bersefahaman, nak tunjuk bagus dan tak boleh tolak ansur" -Dia buat konklusi.
--------------------------

Macam dah satu lumrah, tiap sesebuah institusi pasti ada masalahnya, terutama masalah dalaman. Pada peringkat pelajar sendiri, masalahnya macam kat atas tadilah. Alih-alih lesap je tanpa berita, tak puas hatilah, kondem oranglah.

Ada seorang sahabat saya kata, itu perkara biasa untuk tiap persatuan. Inilah risiko kerja dengan manusia. Ada je masalahnya.
-------------------------

Bila kata tentang satu 'team', saya lihat ia bagaikan kumpulan kunang-kunang yang terbang bersama cahaya. Mereka sama-sama terbang menuju ke satu tempat. Bila dah banyak, cahaya mereka akan menerangi kawasan itu dan menyinar orang lain. Berbakti dengan cara mereka.

Jika tak bersatu, takdelah cahaya yang cukup terang, malap malah hambar.

Tentang masalah dalam persatuan pula, saya lihat segalanya berpunca dari hati. Ia, hati-hati yang jauh dari sumber cahaya yang utama. Aaa, tiada Nur :)


Seorang tokoh terkenal Islam ada menyebut bahawa cinta itu adalah taburan dari Allah ke dunia. Jadi, semaraklah cinta itu jika disambut dan dikongsi bersama seisi dunia.

Hati yang penuh cinta sebenar itu bersalutkan Nur. Nur itu dari pencipta dunia; Allah Robbul 'alamin. Kemudian, hati itu akan terikat dengan hati-hati lain yang juga suci. Hubungan hati ke hati ini akan menjadikan niat setiap pemiliknya terikat pada satu keabadian cinta. Iya, cinta yang paling hakiki, pada Tuhan azza wajalla.

Bila hati tiada cinta, jauh dari Tuhan, maka ia akan membawa pada kepesongan niat dalam hati. Niatnya bukan lagi kerana Tuhan, tapi untuk kemaslahatan diri sendiri. Tak lagi berlaku amanah, tak lagi komited tapi hanya untuk puaskan diri sendiri.


Jika niat kerna Allah, lillahiRobbi, insyaAlah tujuan dan maksud kita hanya akan berpaksi padaNya cuma. Kita harap balasan dariNya, dan bergantung segala padaNya Allah. Yang penting hati kena bersih. Bersihkan hati dengan tiap amal dan kebaikan. Jika hati bersih, Nur akan masuk meresapi jiwa. Ilmu akan cepat melekat.

Jadi, tiada lagi penyakit hati yang berlaku dalam persatuan. Konsep toleransi dan kesatuan akan dijadikan modus operandi. Justeru, kembalilah muhasabah diri, dan tengokkan jika ada 'musuh' dalam persatuan. Bantu semampunya untuk bekerja bersama kerana Allah. Semoga Allah membantu dan memudahkan segala. Ameen :)

Feb 14, 2007

16:125 dan fasilitator

Buka kitab di kelas da'wah. Ayat di atas memberitahu bagaimana cara nak berdakwah. Wah, Islam sangat advance, kan? Saya teruja.

Walau di kelas kaunseling pun ada teori-teori seakan itu, namun ia datang dari Barat. Islam dah lama pun katakan konsep-konsep tersebut.

Kata Allah, nak berdakwah kena berhikmah, dengan sikap yang berlemah lembut dan dengan perbahasan yang beretika. Tak boleh semberono, tak boleh tengking-tengking apatah lagi menyatakan orang lain seratus peratus salah.
-----------------------

Menjadi seorang fasilitator. Saya percaya setiap orang ada potensi, dan perlu disedarkan tentang itu. Sebab, sosial dunia dah terlalu punah ranah akibat ketandusan ilmu mengenal diri.

Mereka yang tak kenal diri, takkan tahu bagaimana diri mereka berguna sebagai anggota masyarakat yang baik. Tu yang banyak sangat kerosakan dan salah laku di dunia kita.

Bila ada orang tanya mengapa saya suka jadi fasilitator? Saya cakap saya nak berdakwah cara saya. Orang tu senyum aja. [Macam kambing kut..hehe]

Ada orang kata kerja fasilitator ni mudah aja. Modalnya air liur. Yakah? Aaa, saya setuju. Sangat setuju jika niatnya nak habiskan air liur, dapat ganjaran dan tido nyenyak lena di rumah.

Tak, kerja fasilitator tak mudah macam tu sekali. Ia perlu ada skil. Dan skil perlukan ilmu dan latihan. Itulah yang akan menghasilkan pengalaman buat kami, para fasilitator.

Saya lihat fasilitator sebagai seorang pendakwah. Motifnya kepada "amar makruf dan nahyul mungkar" [seru kebaikan, halang kemungkaran] Dan, bila saya lihat setiap orang itu berbeza serta berlainan potensi, saya kena akrab dengan ayat 16:125

Kenal peserta, lain-lain metodnya dan di akhir program saya mahu pastikan yang mereka pulang dengan keyakinan. Yakin bahawa mereka adalah manusia yang sangat unik dan berpotensi. Mereka itu bakal mencapai setiap impian dan bisa kerja sebagai satu kumpulan.

Mereka juga akan menjadi orang yang bertanggungjawab, sekurangnya pada diri sendiri dan kepada keluarga:)
-----------------------

Indah pengalaman sebegini. Takkan terlupakan pada adik-adik yang pernah berprogram dengan saya. Bertuahnya jika sedikit ilmu dan keyakinan yang kami kongsi bisa melahirkan anak-anak soleh dan solehah.

Saya belajar banyak dalam dunia fasilitator. Mengenal diri, hormat orang lain dan tugas sebagai seorang pendakwah. Sebagai kelansungan menjadi khalifah Tuhan yang perlu sentiasa bersyukur dan berkongsi rahmat dan nikmatNya bersama semua :)

Biar saya bukan yang pakar, tapi atas inisiatif inilah, saya doakan semuanya menjadi manusia yang bahagia

Feb 11, 2007

::kembali ke laman Bonda::

Ku kembali ke laman bonda
Teman penuh airmata
Deru yang serabut
Langkah yang tiada rentaknya

Kembali ke laman bonda
Kutinggal jauhnya
Jerih perih sakit
Kesalan dan pahit
Ku lari jauh

Duhai Bonda
Lihat anakmu tersungkur
Dalam juang yang makin mati
Sendiri membikin resah
Seramai anakmu pasrah
Tenggelam lama tiada jawab
Anakmu gagal mencari kudrah

Bondaku
Anakmu masih bertatih
Selepas susah yang amat
Lalu tak mudah rupanya
Menjadi pemimpin yang sinar
Menjaga kepimpinanku goyah


Mana salahku Bonda?
Sendiri aku mencari-cari
Dan aku sangat penat
Ku putus pulang ke sini
..ke laman cintamu satu

Bonda
Senyummu sebuah rinduku
Buat ku hela lelah panjangku
Menjadi resmi ku cipta bait puisi
Melampias rasa hati


Bersamamu Bonda
Dakapan semarak cinta
..yang sekian lama

..sejak ku kenal dunia.

Kucari tenangku
..dalam sejuk peluk kasihmu :)

Feb 7, 2007

perjalanan pulang..

Gadis kembara lagi: pulang ke Taman Ilmu dan Budi.

Sambil belek-belek majalah I, Gadis sapa sahabat di sebelah. Borak punya borak, sahabat itu beritahu yang dia ambil jurusan sains, dan Gadis pun beritahu Gadis ambil kursus psikologi. Wah, tetiba sahabatnya itu beliak mata.

"Tentu awak pandai psiko orang. Hah, cuba teka apa yang ada di kepala saya sekarang"

[Tersedak...Gadis manalah tahu baca fikiran orang :)]

Gadis senyum lebar-lebar. Cuma beritahu Gadis tak tahu. Langsung borak lagi. Terangkan juga apa yang Gadis pelajari. Wah, sahabat itu berminat. Terus minta Gadis jadi kaunselornya.

[Dalam keadaan yang ragu-ragu dan sedikit konfiden, Gadis mula selak-selak ilmu kaunseling yang ada dalam kepala ;)]

15 minit lebih kurang. Gadis tinggalkan sahabatnya dengan sedikit pandangan dan nasihah. Gadis yakin sahabatnya itu mampu fikirkan apa yang terbaik dan doakan sahabatnya itu berjaya.
----------

Dalam bas, Gadis duduk sebelah seorang sahabat berbangsa Cina. Wah, sahabat itu sangat peramah. Kebetulan sahabat itu sedang sibuk diskusi dalam henpon tentang 'teori attachment untuk kanak-kanak'. Wah, ada kena mengena dengan ilmu psikologi si Gadis ^_^

Mereka mula berbual. Lama-lama berpanjangan. Seronok. Walau Gadis dalam payah nak berbahasa Inggeris, namun berjayalah juga sudahkan macam-macam topik.

Berpisah di Puduraya. Sahabat itu ke Kolej Segi di Sunway.
------------

Gadis jalan ke Central Market. Kuasa Tuhan. Gadis terlihat seorang lelaki cina yang buta ingin melintas jalan. Tanpa ragu, Gadis pegang tangannya, dan bertanya haluannya.

Senang hati dapat carikan bas dan hantar lelaki buta itu ke dalam perut bas. Sudahnya, Gadis rasa sangat bersyukur. Rasa yang tak dapat digambarkan. Allah bagi Gadis peluang untuk membantu.

Sehari yang indah. Terima kasih Tuhan atas dorongan dan bimbingan. Gadis cuma khalifahNya yang membantu dengan apa termampu. Moga, dipermudahkan segala usaha pada hari yang bakal mendatang.

Feb 2, 2007

"tahu dan mahu"



Wah, hebatnya :) dengan apa kadar yang ada, mereka terus 'survive'. Bagus, bagai dikata "if there is a will, there is a way". Atau, di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan :)
TAHU dan MAHU, dua konsep yang menyubur semangat. Jika anda TAHU apa yang anda mahukan, dan MAHU menjadikan ia nyata..insyaAllah pasti boleh. Usah ragu-ragu, bila ada kemahuan dan sungguh-sungguh usaha...pasti bisa mencapai tiap yang diidamkan :)